Tuesday, January 4, 2011

Bila Pengalaman Mengajar Kita

24 Julai 2010 merupakan satu titik tolak dalam hidup saya. Tak sangka kejadian tu telah sedikit sebanyak mengubah hidup saya. Kejadian itu telah mengajar saya banyak perkara yang perlu diambil ikhtibar dan saya ingin berkongsi dengan anda semua.

Semuanya bermula apabila saya tercedera semasa mewakili universiti dalam satu perlawanan di Kelantan. Pada awalnya, saya telah mendapatkan rawatan di klinik universiti dan saya dinasihati untuk berehat. Setelah dua hari, saya sudah boleh berjalan seperti biasa setelah hamper seminggu jalan seperti orang tempang.

Namun, selepas seminggu, bengkak pada lutut saya masih tidak surut. Saya telah merujuk perkara ini kepada Hospital Besar Kuala Lumpur untuk rawatan seterusnya. Sungguh terkejut apabila saya diberitahu untuk datang semula tiga minggu daripada hari untuk nasihat doktor. Saya menyatakan perkara yang sebenar dan tarikh saya hanya diawalkan seminggu sahaja. Khuatir dengan keadaan lutut saya, saya memilih untuk ke sebuah klinik swasta dan syukur, selepas itu bengkak makin surut.

Dua minggu berlalu dan saya pergi menemui doktor. Saya dimaklumkan beberapa kemungkinan kecederaan tetapi hanya dapat disahkan selepas melalui MRI. Saya disuruh untuk berjumpa semula selepas sebulan melakukan MRI. Pada awalnya, saya berfikir mungkin MRI saya akan dilakukan secepat yang mungkin tetapi sangat mengejutkan, MRI saya dijadualkan empat bulan dari hari ini. Ini bermakna saya terpaksa menunggu selama lima bulan untuk mendapat pengesahan mengenai kecederaan saya.

Masa berlalu dan pada pertengahan Disember 2010, saya dimaklumkan bahawa ligamen dan miniskus saya telah koyak dan saya dinasihatkan untuk menjalani pembedahan untuk mengelak koyakan itu menjadi lebih serius. Saya dimaklumkan bahawa kos pembedahan itu mungkin mencecah RM8000.

Begitulah cerita saya. Saya tahu cerita saya ini mungkin tidak seteruk cerita-cerita lain yang ada di luar sana. Tetapi saya yakin kebanyakkan antara mereka telah melalui perkara yang sama. Tempoh menunggu yang lama dan yang paling menggusarkan ialah kos perubatan! Ibu bapa saya bukan penjawat awam dan majikan mereka tidak menyediakan perlindungan perubatan kepada pekerja-pekerja mereka. Syukur saya masih seorang pelajar dan saya telah dilindungi oleh insurans kelompok yang ditawarkan kepada semua pelajar di universiti. Masalah yang timbul ialah adakah saya akan ditanggung sepenuhnya mahupun hanya sebahagian sahaja. Walau apa pun bahagiannya, saya yakin jumlah itu mungkin mencecah ribuan ringgit.

Saya tidak mahu menyesal kerana tidak mengambil tindakan awal tetapi saya tahu saya harus melindungi diri saya dengan kemungkinan yang akan datang. Syukur, saya masih tidak terlambat untuk melindungi masa depan saya. Ada segelintir antara kita sudah tidak mampu untuk melakukannya dan ada yang belum terlambat untuk mengambil tindakan ini.

Jika peluang itu masih ada, cepat-cepatlah  menghubungi mana-mana perunding takaful supaya anda dapat melindungi diri anda dan keluarga.
Saya sentiasa bersedia untuk mendengar permasalahan anda…

019-2182401

P/s: Saya telah mengalami kecederaan semasa menyertai Kejohanan Taekwondo di USM Kelantan. Saya telah mendapatkan rawatan sejurus selepas kecederaan tetapi hanya disyaki kecederaan biasa sahaja.

No comments:

Post a Comment