Sunday, January 9, 2011

Assets - Liabilities = Selamat/Tidak Selamat

Jika ada masa...

    1)Senaraikan segala Asset yang anda ada....
    2)Senaraikan segala Liabiliti yang anda tanggung...

Kemudian tolak semua Asset anda dengan semua Liabiliti anda....

Adakah anda mendapat nilai positif atau negatif..

Jika anda memiliki nilai yang positif..anda dikira dalam zon selamat

Jika anda memperolehi nilai yang negatif..anda PERLU MULA BERTINDAK!!!!

Luangkan 20 minit daripada 1440 minit anda untuk satu perkongsian info untuk kesejahteraan bersama.

shafieprubsn@yahoo.com
019-2182401

Thursday, January 6, 2011

..............LIABILITI..................

MARI BERFIKIR SEKETIKA....

Adakah kita bebas daripada sebarang LIABILITI???????

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mampu untuk melangsaikan LIABILITI-LIABILITI itu????

Siapakah yang akan menanggung LIABILITI-LIABILITI itu sekiranya kita tidak mampu untuk melangsaikannya??

Pernahkah anda terfikir tentang ini tetapi menemui jalan buntu??????

Hubungi saya melalui

shafieprubsn@yahoo.com
019-2182401

Untuk mengetahui cara-caranya...
Semuanya bermula dengan sedikit simpanan untuk kesejahteraan anda sekeluarga....

TAHUKAH ANDA......


PERSAMAAN PENDAPATAN BULANAN ANDA SEHARUSNYA 

PENDAPATAN BULANAN - SIMPANAN = PEMBELANJAAN


PERATUSAN PENGGUNAAN PENDAPATAN BULANAN ANDA SEHARUSNYA
    10%      SIMPANAN JANGKA MASA PANJANG
10%-30%  SIMPANAN UNTUK KEGUNAAN SEGERA
60%-80%  PEMBELANJAAN


ADAKAH ANDA PRIHATIN MENGENAINYA?????
MASIH TIDAK TERLAMBAT UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN….

shafieprubsn@yahoo.com
019-2182401

Tuesday, January 4, 2011

Bila Pengalaman Mengajar Kita

24 Julai 2010 merupakan satu titik tolak dalam hidup saya. Tak sangka kejadian tu telah sedikit sebanyak mengubah hidup saya. Kejadian itu telah mengajar saya banyak perkara yang perlu diambil ikhtibar dan saya ingin berkongsi dengan anda semua.

Semuanya bermula apabila saya tercedera semasa mewakili universiti dalam satu perlawanan di Kelantan. Pada awalnya, saya telah mendapatkan rawatan di klinik universiti dan saya dinasihati untuk berehat. Setelah dua hari, saya sudah boleh berjalan seperti biasa setelah hamper seminggu jalan seperti orang tempang.

Namun, selepas seminggu, bengkak pada lutut saya masih tidak surut. Saya telah merujuk perkara ini kepada Hospital Besar Kuala Lumpur untuk rawatan seterusnya. Sungguh terkejut apabila saya diberitahu untuk datang semula tiga minggu daripada hari untuk nasihat doktor. Saya menyatakan perkara yang sebenar dan tarikh saya hanya diawalkan seminggu sahaja. Khuatir dengan keadaan lutut saya, saya memilih untuk ke sebuah klinik swasta dan syukur, selepas itu bengkak makin surut.

Dua minggu berlalu dan saya pergi menemui doktor. Saya dimaklumkan beberapa kemungkinan kecederaan tetapi hanya dapat disahkan selepas melalui MRI. Saya disuruh untuk berjumpa semula selepas sebulan melakukan MRI. Pada awalnya, saya berfikir mungkin MRI saya akan dilakukan secepat yang mungkin tetapi sangat mengejutkan, MRI saya dijadualkan empat bulan dari hari ini. Ini bermakna saya terpaksa menunggu selama lima bulan untuk mendapat pengesahan mengenai kecederaan saya.

Masa berlalu dan pada pertengahan Disember 2010, saya dimaklumkan bahawa ligamen dan miniskus saya telah koyak dan saya dinasihatkan untuk menjalani pembedahan untuk mengelak koyakan itu menjadi lebih serius. Saya dimaklumkan bahawa kos pembedahan itu mungkin mencecah RM8000.

Begitulah cerita saya. Saya tahu cerita saya ini mungkin tidak seteruk cerita-cerita lain yang ada di luar sana. Tetapi saya yakin kebanyakkan antara mereka telah melalui perkara yang sama. Tempoh menunggu yang lama dan yang paling menggusarkan ialah kos perubatan! Ibu bapa saya bukan penjawat awam dan majikan mereka tidak menyediakan perlindungan perubatan kepada pekerja-pekerja mereka. Syukur saya masih seorang pelajar dan saya telah dilindungi oleh insurans kelompok yang ditawarkan kepada semua pelajar di universiti. Masalah yang timbul ialah adakah saya akan ditanggung sepenuhnya mahupun hanya sebahagian sahaja. Walau apa pun bahagiannya, saya yakin jumlah itu mungkin mencecah ribuan ringgit.

Saya tidak mahu menyesal kerana tidak mengambil tindakan awal tetapi saya tahu saya harus melindungi diri saya dengan kemungkinan yang akan datang. Syukur, saya masih tidak terlambat untuk melindungi masa depan saya. Ada segelintir antara kita sudah tidak mampu untuk melakukannya dan ada yang belum terlambat untuk mengambil tindakan ini.

Jika peluang itu masih ada, cepat-cepatlah  menghubungi mana-mana perunding takaful supaya anda dapat melindungi diri anda dan keluarga.
Saya sentiasa bersedia untuk mendengar permasalahan anda…

019-2182401

P/s: Saya telah mengalami kecederaan semasa menyertai Kejohanan Taekwondo di USM Kelantan. Saya telah mendapatkan rawatan sejurus selepas kecederaan tetapi hanya disyaki kecederaan biasa sahaja.

Monday, January 3, 2011

Pra Mukadimah

Anda rasa hairan??

Kenapa blog ini saya namakan PruBSN-shafie-Prudential??

Saya ingin berterus terang dengan objektif dan misi saya melalui blog ini..

Saya hanya ingin berkongsi sedikit informasi yang boleh membawa kesejahteraan kepada hidup anda semua..
Di samping berkongsi info, saya ingin menjadikannya sebagai platform untuk saya bersuara.. Setiap yang terzahir hanyala buah fikiran saya.. Jika ada yang perlu dibincangkan.. Saya mengalu-alukan.. 

Jangan segan.. Jangan silu untuk hubungi saya

shafieprubsn@yahoo.com
019-2182401

Jumpa anda ya!!!!

ANJAKAN PARADIGMA


Assalamualaikum..

Anjakan paradigma..rasanye dah lama tak guna perkataan ni..rasanya dua perkataan ni agak familiar antara kita semua..kalo zaman sek dulu..ni antara bombastic words y mesti nk letak dalam karangan
Sebelum tu..SELAMAT TAHUN BARU…kepada semua yang membaca..agak lewat tp tak terlambat lg..yup..selagi kita mampu lg bernafas..selagi itu kita tidak terlambat untuk melakukan apa yang kita belum lakukan..

Macam biasa..antara topik menarik kalau datangnye tahun baru..AZAM..xperlu nk terangkan kecuali ini tidak berkaitan dgn individu yang bernama Azam..lawak bese..kalo dlm versi org putih..LAME~~~

Hehehehe..secara jujur..sedikit sebanyak..setiap antara kita pernah terfikir untuk berazam..saya tidak terkecuali..y membezakan antara kita semua ialah sejauh mana usaha dan kemahuan untuk melaksanakan azam y terdetik di hati, terlintas di minda, tercatat dalam diari mahupun tersebar melalui segala media yang ada..

Bagi saya..azam adalah janji anda kepada diri anda sendiri..jika kita tidak berjaya melaksanakannya..kita sendiri y telah mengkhianati diri kita..sejauh mana anda telah menyakiti diri anda????
Erm..saya bukanlah antara insan2 y suka berazam..jz follow the flow..kalo deras hanyut kalo tenang selamat..saya yakin saya tidak berseorang..ada antara anda yang berlayar menaiki kapal yang sama..mungkin kita tidak mahu melukakan hati kita sendiri..mungkin kita takut dgn kegagalan kita dikemudian hari..lalu..”azam tahun baru??erm…nk jadi buat lg baik dr tahun lepas”….

So, what is the point??

Untuk berazam..kita perlukan anjakan paradigma..satu lonjakan yang besar untuk kita menghampiri  azam y mungkin hanya sebesar kuman..kebanyakkan antara kita mungkin suka mengamalkan prinsip ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ tetapi bukit y diharap semakin meninggi terhakis dgn kebiasaan kita..

Delayed Onset Muscle Soreness…sakit pada otot2 selepas kita melakukan rutin senaman diluar kebiasaan kita..bagi mereka y baru mahu membentuk tubuh y menawan..ini adalah antara halangan yang perlu diatasi..jadi apa kaitannya??untuk melaksanakan satu azam baru..kita perlu melakukan sesuatu y diluar kebiasaan kita..alah bisa tegal sentiasa..memang ‘sakit’ pada permulaannya..tetapi jika kita terus dan terus melakukannya..segalanya akan menjadi biasa..

Anjakan Paradigma dan Azam..jangan pisahkan..

2011 masih muda..mungkin ada y masih dara atau mungkin ada y sudah ternoda....y berlaku biarkan berlaku..sudah fitrah kita ini pelupa..tetapi ini bukan alasan untuk terus melakukan kesilapan..penyesalan hanya bererti jika kita menemui hikmah disebalik yang telah berlaku..

Akhir kata..Jika sudah berazam..teruskan usaha..kepada masih belum lg berazam..masih tidak terlambat untuk melakukannya..

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam." Pepatah Arab..

P/s: Saya telah berlabuh turun dari kapal lama saya..sedang menaiki kapal lain untuk menuju perlabuhan yang lebih baik daripada yang ini..insyaAllah..